Pengenalan
Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas; tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad. Ramai orang melihat teknologi VR sebagai satu model untuk dunia sebenar. Ada yang berpendapat bahawa VR ialah satu bentuk yang lebih canggih bagi perkakasan komputer. Ada pula yang berpandangan bahawa sistem VR perlu ada perisian keras, seperti head mounted display, feedback glove, full body suit dan lain-lain.
Definisi Realiti Maya (Virtual Reality)
Istilah realiti maya (Virtual Reality, VR) dicipta oleh Jaron Lanier pada tahun 1989. Lanier merupakan salah seorang peneroka dalam bidang ini, menubuhkan syarikat VPL Research (daripada "Virtual Programming Languages") yang mencipta sebahagian sistem pertama pada tahun 1980. Istilah berkait realiti buatan telah digunakan semenjak 1970 dan alam siber semenjak tahun 1984.
Definisi VR dalam buku The Silicon Mirage yang ditulis oleh Steve Aukstakalnis dan David Blatner (1992), adalah seperti berikut:
“Virtual Reality (VR) ialah kaedah dimana manusia mengambarkan (visualize), berimaginasi dan berinteraksi dengan komputer dan data kompleks.” |
Krueger (seperti dalam Azman Fadzil, 2006) menerangkan VR sebagai “artificial reality”. Di bawah adalah definisi mengenai VR yang diberi oleh Krueger:
“An artificial reality perceives a participant's action in terms of the body's relationship to a graphic world and generates responses that maintain the illusion that his actions are taking place within that world.” |
Rheingold (seperti dalam Azman Fadzil, 2006) dalam definisi mengenai sistem VR, beliau mengatakan:
“That the idea of immersion (using stereoscopy, gaze-tracking, and other technologies to create the illusion of being inside a computer generated scene) is one of the two foundations of virtual reality technology. The idea of navigation (creating a computer model of a molecule or a city and enabling the user to move around, as if inside it) is the other fundamental element.” |
Secara kesimpulan, semua orang menerima definisi VR sebagai satu sistem yang menyediakan satu interaksi atau satu penjelajahan sistem persekitaran maya 3D. Persekitaran maya 3D yang dijana oleh komputer membolehkan pengguna mengambil bahagian dalam masa nyata. Persekitaran maya dapat dirasai dalam tiga keadaan seperti imersif sepenuhnya, augmentation kepada dunia sebenar dan melalui “tetingkap dunia” (Window’s World).