Kesimpulan
Apakah masa Depan VR? |
Penggunaan teknologi VR telah menjadi semakin popular pada masa kini dan akan menjadi trenda dalam kehidupan orang ramai dalam masa depan yang terdekat. Dengan mempunyai sebuah telefon bimbit pintar, orang ramai mempunyai akses yang paling pantas bagi mengalami pelbagai pengalaman melalui teknologi VR. Sebagai contoh, kita boleh melayari laman web YouTube untuk mencari video 360º Virtual Reality dan pelbagai video dapat digunakan untuk pengalaman reality maya sama ada untuk tujuan pembelajaran mahupun pembelajaran.
Untuk mendapatkan hasil yang optimum dalam pengaplikasian teknologi VR, kita sebagai pengguna, guru atau pelajar perlu mengaplikasikannya untuk tujuan-tujuan yang bermanfaat. Sebagai contoh, di dalam dunia pendidikan, para guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan pemudahcara kepada pelajar-pelajar dalam memperkenalkan teknologi VR agar mereka dapat menggunakan teknologi ini sesuai dengan manfaat dan penempatannya. Sebagai seorang guru, kita perlunya senantiasa membimbing serta mendidik pelajar agar menggunakan teknologi VR untuk perkara-perkara yang bermanfaat seperti meningkatkan kualiti pembelajaran atau pencarian ilmu pengetahuan dan bukannya menggunakan teknologi VR untuk perkara-perkara yang kurang bermanfaat seperti hanya menggunakan untuk tujuan permainan video sahaja. Justeru, pengaplikasian teknologi VR mempunyai impak yang efektif dalam sistem pendidikan sekiranya teknologi ini dapat digunakan secara optimum dan positif. |